Google AdSense adalah satu program pengiklanan yang dijalankan oleh Google yang membolehkan pemilik website dan blog untuk menjana pendapatan daripada website dan blog mereka.
Dengan menggunakan AdSense, anda boleh meletakkan iklan-iklan Google di website atau blog anda untuk dipaparkan kepada visitor. Anda akan mendapat bayaran sekiranya visitor klik pada iklan tersebut.
AWAS! Google sangat sensitif kepada percubaan untuk klik sendiri iklan (click fraud) jadi jangan cuba-cuba.
Berapa Anggaran Pendapatan Dari Google Adsense?
Bergantung kepada jumlah klik, populariti blog/website, kata kunci iklan, dan beberapa parameter peingklanan internet seperti CPC (cost per click) dan sebagainya.
Satu klik mungkin bernilai $0.10 atau mungkin juga $10.00, bergantung kepada faktor-faktor tertentu.
Bagaimana Cara Paling Senang Untuk Bermula?
Anda boleh bermula dengan menulis blog dan menyelitkan iklan-iklan Adsense di blog anda.
Sekiranya anda sudah memiliki blog, anda boleh daftar untuk akaun AdSense dahulu dan apabila berjaya didaftarkan, anda boleh meletakkan kod-kod unit iklan AdSense di blog anda.
Saya Sudah Lama Dengan AdSense Tetapi Hasilnya Tidak Seberapa?
Ada banyak sebab mengapa hasil AdSense tidak seberapa, antara sebab utama ialah kuantiti dan kualiti trafik, rekaletak unit iklan dan kata kunci yang kurang sesuai. Anda mungkin perlu meningkatkan trafik ke blog anda dengan rekaletak yang lebih sesuai. Untuk itu banyak yang boleh dilakukan seperti SEO (Search Engine Optimization), pemilihan kata kunci/niche yang lebih terperinci dan sebagainya.