Mystery Shopper? Ape tu?
Mystery shopper atau dalam bahasa Melayu "pelanggan misteri" adalah satu program di mana syarikat melantik beberapa orang supaya menjadi "undercover" untuk mengetahui kualiti sesuatu perkhidmatan atau produk yang dipasarkan.
Sebagai contoh:
Sebagai contoh:
1. Syarikat makanan segera melantik mystery shopper untuk melawat restoran mereka dan mystery shopper perlu memberi laporan tentang makanan, layanan pekerja, kebersihan dan sebagainya.
2. Syarikat telekomunikasi melantik mystery shopper untuk membuat panggilan ke call centre, dan memberikan maklumbalas mengenai kualiti service ejen perkhidmatan pelanggan.
Jadi, ada banyak syarikat yang memerlukan perkhidmatan mystery shopper untuk tujuan penambahbaikan mutu perkhidmatan dan servis mereka. Dan syarikat-syarikat ini sanggup membayar sejumlah wang untuk maklumbalas daripada mystery shopper.
Di Malaysia juga ada permintaan untuk pekerja mystery shopper secara sambilan ini.
Kelebihan:
1. Anda dibayar untuk melakukan perkara yang anda suka, especially seperti wanita yang gemar shopping.
Kelebihan:
1. Anda dibayar untuk melakukan perkara yang anda suka, especially seperti wanita yang gemar shopping.
2. Sekiranya anda diperlukan untuk membeli produk dari outlet, anda juga boleh claim kos produk tersebut.
3. Anda boleh memilih jenis tugasan dan lokasi tugasan yang berhampiran dengan rumah atau pejabat.
Kelemahan:
1. Ada syarikat yang membuat bayaran lewat.
1. Ada syarikat yang membuat bayaran lewat.
2. Anda perlu membuat sedikit kerjarumah sebelum dan selepas membuat lawatan misteri anda.
Sekiranya berminat, ada beberapa syarikat market research & survey yang memerlukan mystery shopper, seperti yang di bawah:-
Juga mystery shopper yang dilantik terus oleh syarikat:-
NOTA: Jangan sesekali membayar apa-apa fee (yuran) untuk menjadi mystery shopper. Itu mungkin scam.
Selamat berjaya!
No comments:
Post a Comment