Oct 23, 2013

Jom Jadi Mystery Shopper


Mystery Shopper? Ape tu?

Mystery shopper atau dalam bahasa Melayu "pelanggan misteri" adalah satu program di mana syarikat melantik beberapa orang supaya menjadi "undercover" untuk mengetahui kualiti sesuatu perkhidmatan atau produk yang dipasarkan.

Sebagai contoh:

1. Syarikat makanan segera melantik mystery shopper untuk melawat restoran mereka dan mystery shopper perlu memberi laporan tentang makanan, layanan pekerja, kebersihan dan sebagainya.

2. Syarikat telekomunikasi melantik mystery shopper untuk membuat panggilan ke call centre, dan memberikan maklumbalas mengenai kualiti service ejen perkhidmatan pelanggan.

Jadi, ada banyak syarikat yang memerlukan perkhidmatan mystery shopper untuk tujuan penambahbaikan mutu perkhidmatan dan servis mereka. Dan syarikat-syarikat ini sanggup membayar sejumlah wang untuk maklumbalas daripada mystery shopper.

Di Malaysia juga ada permintaan untuk pekerja mystery shopper secara sambilan ini.

Kelebihan:
1. Anda dibayar untuk melakukan perkara yang anda suka, especially seperti wanita yang gemar shopping.
2. Sekiranya anda diperlukan untuk membeli produk dari outlet, anda juga boleh claim kos produk tersebut.
3. Anda boleh memilih jenis tugasan dan lokasi tugasan yang berhampiran dengan rumah atau pejabat.

Kelemahan:
1. Ada syarikat yang membuat bayaran lewat.
2. Anda perlu membuat sedikit kerjarumah sebelum dan selepas membuat lawatan misteri anda.


Sekiranya berminat, ada beberapa syarikat market research & survey yang memerlukan mystery shopper, seperti yang di bawah:-



Juga mystery shopper yang dilantik terus oleh syarikat:-


NOTA: Jangan sesekali membayar apa-apa fee (yuran) untuk menjadi mystery shopper. Itu mungkin scam.

Selamat berjaya!

 


Oct 22, 2013

Jom Bisnes Dropship

bisnes dropship rahsia keuntungan perniagaan internet online dengan business dropshipping baju fashion aksesori tudung bawal glutaking kolagen kopi herba

Dropship?
Nate ggapo tuh?

Haha. Dropship tu bukanlah sejenis binatang, dan bukan juga sejenis makanan.
Dropship atau dropshipping adalah sejenis bentuk perniagaan cara baru yang popular di zaman Internet sekarang.

dropship beli jual produk online bisnes biji aprikot teh misai kucing kolagen rumpai laut sabah mutiara ebook bisnes pendapatan sampingan

Kita sebagai dropshipper, hanya perlu iklankan produk yang dijual oleh pembekal dan mendapat 
keuntungan sebagai orang tengah. 

Lihat gambarajah yang cantik di atas.
1. Pembeli membuat pesanan (order) dan bayaran harga belian kepada anda
2. Stok barang tiada pada anda, tetapi pada pembekal
3. Anda membuat pesanan (order) dan bayaran harga kos kepada pembekal
4. Anda turut memberikan maklumat pembeli (alamat penghantaran)
5. Pembekal menghantar barang pesanan melalui pos terus kepada pembeli

Kelebihan 
- Tidak memerlukan modal (perlu promote sahaja) 
- Oleh itu, tidak perlu simpan stok

Kelemahan 
- Risikonya kemungkinan stok habis yang mana permintaan lebih tinggi daripada pengeluaran 
(selalu update dengan pembekal tentang quantity stok produk) 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...